Tuesday, November 3, 2009

Tawakal Selain daripada Allah

-ujian dunia-

Satu drp perkara yg meruntuhkan atau membatalkan syahadh ialah bertawakkal dan bergantung kpd selain drp Allah swt, berdasarkan firman Allah swt: Surah AlMaaidah:23 maksudnya: "Dan hanya kpd Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang-orang yg beriman."

Tawakkal bukanlah bererti meninggalkan kerja, malah Allah swt menyuruh kita dua perkara dlm hal ini, pertama memerintah kita bekerja; dan kedua jgn kita meletakkan pergantungan hidup kpd pekerjaan itu. Ia menyuruh kita beriman bahwa Dialah yg memberi rezekinya. Ia menyuruh kita berubat dgn syarat kita pastikan bahwa yg menyembuhkan ialah Dia. Ia menyuruh kita mencari segala sebab dgn syarat meletakkan tawakkal kpd-Nya.

Sesiapa yg berusaha dgn tidak bertawakkal kpd-Nya, ia telah mencacatkan salah satu syarat tadi,sebalikanya org yg bertawakkal kpd Allah swt tanpa daya usaha juga telah mencacatkan satu syarat. Bergantung dgn sebab2 tapi lupa bahwa Allah swt lah yg mengizinkan, adalah suatu perbuatan Maksiat. Bergantung kpd sebab2 disamping mendakwa tidak ada hubungan dgn Allah swt adalah perbuatan Syirik, yg meruntuhkan syahadah.

"dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar." AlAnfaal:17

"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." AlImran:126

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh." AdzDzaariyaat:58

" dan apabila aku sakit.Dialah Yang menyembuhkan aku." AsySyu'ara:80

Mestilah kita percaya bahwa Allah swt telah menjadikan sebab musabab di dunia ini adlh mempunyai fungsi dan mestilah dipercayai bahwa Allah swt lah yg menjadikan sesuatu itu. [Batas2 Iman & Kufur ; Ustaz Sa'id Hawa]

Tiap-tiap manusia hendaklah hidup dengan berikhtiar dan bekerja dengan sedaya-upayanya sambil bertawakkal dan berdoa. Tawakkal bererti mewakilkan nasib diri dan nasib usaha kita kepada Allah, sedang kita sendiri tidak mengabaikan usaha dan tenaga kita dalam usaha itu. Kemudian hendaklah diyakinkan bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah SWT. Dialah yg Maha Kuasa, maka semangat tawakkal yg sebenar dan doa yg ikhlas mempunyai peranan yg penting, sedangkan doa yg ikhlas adalah makbul menurut janji-janjiAllah. Dalam alQur'an banyak ayat-ayat yg menganjurkan supaya manusia berdoa dan bertawakkal. Begitulah jalan dan hukum Tuhan. [Manusia & Islam by Prof Dr Harun Din]

Friday, March 20, 2009

PENGUMUMAN!


Salam...sempena dengan Seminar CINDAI '09 yang akan diadakan di CICT pada 21 Mac 2009, pihak Lujnah Ekonomi PMI akan membuka gerai jualan berupa barangan2 PMI dan juga produk2 HPA. Peserta seminar dijemput datang melawat gerai kami...

Pada sebelah malamnya, pihak kami juga InsyaAllah akan turut membuka gerai sempena program Glory of Islam di KTHO. para pelajar dijemput melawat ke gerai kami....syukran

Monday, February 16, 2009

Info Boikot Bersama


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..

(1) Syarikat: Phillip Morris

Produk : Rokok dan Makanan
Jenama: Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia , Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel. Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

(2) Syarikat: Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ,KFC

Produk :Minuman
Jenama: Light Coke, Fanta, Sprite , Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel . Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .

(3) Syarikat: Nestle

Produk: Makanan dan Minuman
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

(4) Syarikat: Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

(5) Syarikat: Delta Galil Industries Ltd.

Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

(6) Syarikat: Nokia

Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL .

(7) Syarikat: Danone

Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel . Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

(8) Syarikat: Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan.

Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

(9) Syarikat: Revlon

Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel .

(10) Syarikat: AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

(11) Syarikat: IBM

Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

(11) Syarikat: L'Oreal

Jenama
: Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.

(12) Syarikat: Intel

Produk : Perkakasan komputer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

(13) Syarikat: Estee Lauder

Jenama
: Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel .

(14) Syarikat: News Corporation

Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

(15) Syarikat: Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

(16) Syarikat: Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampu

Jenama
: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene , Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Seruan dan Fatwa Wajib Boikot!

Sumber: Blog Muhammad Uzair

Boikot Barangan Israel - Seruan Al-Qardhawi

Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?


Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah.

Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.


Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.


Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!


Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


-Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Kenapa perlu boikot??..Kenapa dan Kenapa

Sumber: Muhammad Uzair

Barangkali artikel ini agak lambat disiarkan (ditulis) kerana sekarang UN telah bersetuju menggesa Israel berundur dan melaksanakan gencatan senjata di Palestin. Apa jua tindakan mereka, sebagai umat Islam kita mesti sedar Allah telah lama mengingatkan kita agar jangan percaya dengan tipudaya kaum Yahudi (alamak, lupa pulak dalilnya.

Apapun, tujuan artikel (dibaca: catatan) ini ditulis ialah untuk mengajak kita sama-sama merenung kewajaran boikot barangan Israel dan Amerika kerana nampaknya ada yang berpendapat kalau biokot, maka ekonomi kita sendiri yang akan terjejas.

Definisi 'Boikot'

Kalau nak ditakrifkan menurut wikipedia, 'boycott' bermakna aktiviti pengguna yang terlibat dengan tindakan sukarela tidak mengguna, membeli atau berurusan dengan seseorang atau sesuatu organisasi sebagai tanda protes, biasanya atas alasan politik. Sebenarnya perkataan boycott berasal dari peristiwa pemulauan Captain Charles Boycott, seorang ajen pemilik hartanah dari Ireland. Peristiwa itu menyaksikan beliau akhirnya dipinggirkan oleh masyarakat beliau. Kalau nak baca lebih lanjut tentang peristiwa itu, sila klik rangkaian yang disediakan.

Dalam kes semasa, kita mencadangkan agar memboikot Israel dan Amerika. Maknanya kita tidak mahu mengguna, apatah lagi membeli dan berurusan dengan mereka. Dalam hal ini, perlu jelas bahawa yang tidak mahu berurusan hanyalah dalam soal kepenggunaan: iaitu beli-jual barang. Tidak termasuk yang dah lepas. Kalau dah beli handphone Nokia tu, pakai ajerlah. Nak buat apa buang sungai.


Kesan boikot

Pihak yang kena boikot sudah tentu akan mengalami penurunan jualan, seterusnya kurang untung dan mungkin terpaksa menutup operasi. Malah kalau betul-betul berjaya, pasti ada yang akan gulung tikar dari Malaysia dan balik kampung.

Disini ada dua kesan yang jelas iaitu kesan kepada Malaysia dan kesan kepada Israel dan Amerika.

1. Kesan kepada Malaysia

Dalam jangka pendek, Malaysia akan mengalami penguncupan ekonomi kerana penurunan permintaan. Maklumlah, dah tak ada orang nak beli barang Israel dan Amerika. Dalam ekonomi, ini memberi kesan berantai:

permintaan menurun = penawaran menurun
penawaran menurun = pertumbuhan menurun
pertumbuhan menurun = ekonomi menurun
ekonomi menurun = negara dalam kemelesetan

nota : Kemelesetan hanya apabila berlaku pertumbuhan negatif selama 3 sukuan berturut-turut.

Inilah yang ditakuti oleh sesetengah pihak.

2. Kesan kepada Israel dan Amerika

Dalam jangka pendek, mereka akan mengalami kerugian seperti yang saya sebutkan diatas. Namun kerugian ini tidaklah terasa sangat kerana mereka ada banyak lagi rizab di tempat lain. Perdagangan mereka bukan di Malaysia saja. Jadi, serangan ke atas Palestin masih boleh diteruskan. Yang penting, mereka boleh saja melaksanakan gencatan senjata sambil menunggu stok bom dan peluru yang baru sampai ke 'Supply Depot' mereka.


Kalau nak difikirkan, apa sangatlah kesan boikot yang dikempenkan ini. Tak memberi kudis pun. Tapi kalau kita setakat boikot dua bulan, lepas tu lapar McD, buat apa.

ALANGKAH BAIKNYA KALAU BOIKOT TERUS!!!

Barang yang dijual oleh Israel dan Amerika bukan susah sangat nak cari pengganti:

Burger - kita ada Burger RAMLY
Biskut - kita ada macam-macam (contohnya Noni Cookies)
Kopi - Pernah dengar tak kopi Hang Tuah?

Kalau tidak pun,barangan alternatif HPA Al-Waheeda Marketing dapat menjadi pemacu ekonomi umat Islam di Malaysia. Itu baru sedikit. Banyak lagilah yang anda boleh fikirkan sendiri.

Boikot beri kesan kepada ekonomi sendiri

Dalam jangka pendek, pastinya ekonomi kita terasa kesan kerana mungkin ada orang kehilangan kerja. Yalah, kan ada beribu-ribu restoran mereka di Malaysia. Itu belum kira lagi kilang-kilang dan pasaraya.

Tapi kalau kita boleh berfikir panjang, saya ulangi: BERFIKIR PANJANG!!!, kita sebenarnya menyuburkan ekonomi sendiri. Yalah, kita sudah beralih kepada barangan yang berasal dari Malaysia. Bukan saya pemilikan orang tempatan, malah sudah semestinya mereka berhajat nak kaya - bukan macam orang lain yang nak kumpul duit bina tentera ranapkan negara orang lain.
Jangan kita cakap tidak serupa bikin
Bak kata seorang sahabat ‘Mulut berapi-rapi nak memboikot Israel sedangkan di jari tersepit rokok Dunhill’.

Wallahua’lam.

Kredit kepada fahmi_bicaraniaga

Friday, February 13, 2009

Sistem Ekonomi Islam Sistem yang Adil


Syeikh Al-Qardhawi mengatakan pengakuan terhadap prinsip pimilikan dalam pandangan komunis adalah sumber kezaliman dan penyimpangan. Kerana itu harus ditinggalkan dan dihancurkan. Juga menghancurkan kaum oportunis dan orang-orang yang memperkuat pemilikan individu tersebut. Hal ini harus dilakukan, walaupun menimbulkan hasad dan dengki, sehingga terealisasi persamaan dalam bidang ekonomi secara nyata di anta semua anggota masyarakat.

Sistem komunis ini di dalam merealoisasikan cita-citanya, berpegang pada kekuasaan, yaitu kekuasaan negara, atau kediktatoran penguasa. Dalam sistem ini negara menjadi motor penggerak dan sekaligus sebagai pengarahnya. Individu tidak boleh mencampuri urusan produksi, pertukaran dan yang sejenisnya sebagai faktor utama yang menentukan. Individu hanyalah bertugas melaksanakan perintah dan anjuran yang dikeluarkan oleh kekuasaan tertinggi.

Sesungguhnya kondisi individu dalam sistem ini, seperti dikemukakan oleh salah seorang penulis, menyerupai kondisi prajurit yang berperang di garis depan. Mereka sama sekali tidak ikut merencanakan strategi peperangan yang mereka lakukan. Tugas mereka hanya melakukan perintah yang secara resmi dikeluarkan oleh peminpin umum yang mengaturnya. Jika disuruh maju, mereka akan maju dan jika disuruh mundur, mereka akan mundur.

Mereka tidak memiliki kemampuan untuk mengatakan kenapa? Bagaimana? Apalagi untuk mengatakan: Tidak.Sistem kapitalis telah memberikan kepada individu kebebasan yang luar biasa, mengalahkan masyarakat dan kepentingan sosial, baik meterial maupun spiritual. Sebaliknya, swistem komunis merampas dari individu segala yang telah diberikan oleh sistem kapitalis, sehingga individu menjadi kurus, kusut, kehilangan motivasi dan kepribadian. Kesemuanya itu dirampas kemudian diberikan kepada sesuatu yang disebut “masyarakat”, yang tercermin dalam “negara”. Negara menjadi gemuk dan berkuasa penuh. Padahal ia tidak lain adalah alat yang terdiri atas sejumlah individu. Akhirnya, sekelompok kecil orang menjadi gemuk dan berkuasa di atas penderitaan orang lain yang nota bene mayoritas darimasyarakat.

Sistem ekonomi Islam adalah sistem ekonomi pertengahan yang adil, yang dengan nyata Allah menjadikan ciri khas utama ummat ini, sebagaimana firman-Nya:

“Demikian pula Kami jadikan kamu sekalian ummat yang pertengahan.."(QS. Al-Baqarah:143)

Ciri khas pertengahan ini tercermin dalam keseimbangan yang adil yang ditegakkan oleh Islam di antara individu dan masyarakat, sebagaimana ditegakkan dalam berbagai “pasangan” lainnya: dunia dan akhirat, jasmani dan rohani, akal dan rohani, idealisme dan fakta, “polisi iman dan polisi penguasa, dan pasangan-pasangan lainnya yang sudah sangat terkenal.

Sistem ekonomi Islam tidak menganiaya masyarakat – terutama masyarakat lemah _ seperti yang dilakukan oleh sistem kapitalis. Tidak pula menganiaya hak-hak dan kebebasan individu, seperti dilakukan oleh komunis terutama marxisme. Akan tetapi pertengahan di antara keduanya, tidak menyia-yiakan dan tidak berlebih-lebihan, tidak melampaui batas dan tidak pula merugikan, sebagaimana firman-Nya:

“dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan), supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu “ (QS. Ar-Rahman:7-9)

Islam telah memberikan hak masing-masing dari individu dan masyarakat secara utuh, dan menuntut penunaian segala kewajibannya. Di samping menjadi “hakim” yang adil di antara keduanya dan membagi tanggungjawab kepada keduanya secara adil. Tetapi Islam tidak melakukan hal tersebut demi menghindari ekstrimis sosialisme atau kesewenang-wenangan kapitalisme.

Tidak! Islam telah muncul jauh sebelum kedua sistem tersebut. Tetapi Allah yang mensyari’atkannya, Maha Mengetahui hal yang merusak dan hal yang membawa kemasylahatan. Islam adalah syariat Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.