Sumber: Laman Ekonomi Kewangan & Perbankan Islam
Dalam dunia ini, terdapat beberapa doktrin amalan teori dan praktis ekonomi yg digunakan. Malah para pemikir ekonomi sehingga ke hari ini, masih ada yg mencari- cari kaedah atau fahaman dan teori baru setelah dilihat teori & amalan yg sedia ada semakin membawa kepada kekusutan dan kekacauan kerana masalah keseimbangan ( masalah memenuhi kemahuan yg tidak terhad daripada sumber yg terhad) dan keadilan pegagihan (penawaran dan permintaan) yg masih gagal diwujudkan oleh fahaman yg digunapakai hari ini.
Secara umumnya terdapat 4 jenis amalan atau sistem ekonomi SELAIN EKONOMI ISLAM iaitu:-
1) Sistem Kapitalis
• Menjurus ke arah kepentingan individu secara total atau mutlak.
• Berkonsepkan pemilikan tanpa boleh dikongsi bersama.
• Menyebabkan kaya bertambah kaya, miskin terus merana.
• Menyebabkan banyak berlaku penindasan dan zalim secara berleluasa.
• Kebebasan mengumpul harta, memonopoli dan menyorokkan barangan
• Majoriti negara sekarang mendukung sistem ini atas tekanan BARAT
• Peguasaan ekonomi dunia melalui penindasan modal ; GLOBALISASI
• Pasaran bebas;penentuan harga oleh permintaan pasaran tanpa dikawal
• Juga terkenal sebagai “ laissez faire” 2) Sistem Sosialis
• Mengutamakan sumber harta sebagai hakmilik negara sepenuhnya
• Urusan ekonomi berteraskan kepentingan umum bukan keuntungan
• Semua aktiviti ekonomi adalah dikawal pusat dan tidak terbuka
• Tiada tindak balas teori permintaan dan penawaran dalam pasaran
• Secara teori menjamin keadilan agihan pendapatan ,kekayaan.
• Secara teori semua individu sama;tiada kaya atau miskin
3) Sistem Komunism
• Adalah kesan dan teori yg lebih eksterim dari sistem sosialis
• Menolak kewujudan Tuhan serta anutan agama dalam ekonomi
• Lanjutan applikasi teori sosialis Karl Marx; “Das Kapital”
• Tiada seorang pun boleh memiliki harta atas nama individu.
• Agama perlu dihapuskan kerana ia akan menghalang produksi
4) Sistem Campuran (Mix)
• Adalah keadaan dimana kedua kaedah sosialis dan kapitalis digunapakai
• Sumber harta dimiliki kerajaan dan swasta
• Swasta menumpukan terhadap aktiviti keuntungan ;kepentingan umum oleh kerajaan
• Campurtangan kerajaan dlm penentuan harga maksimum & minimum; penyediaan subsidi untuk rakyat
*Sumber rujukan:
• Dato Dr Haron Din;Agama Bisnes Dan Pengurusan; PTS Millenia 2007
• Mat Hassan Abu Bakar; Apa Itu Ekonomi Islam; PTS Publication 2004
• Muhammad Abdul Manan; Ekonomi Islam Teori & Praktis Jilid 3 Bhg 4;AS Noordeen 1993
