Friday, November 26, 2010

40 NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping

daging.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah

s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang

lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari

kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu

menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan

mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina

dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran

dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut

sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari

kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu

tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang

mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba

kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur

kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Thursday, November 25, 2010

MURTAD/KRISTIANISASI DARI KAJIAN PEGUAM ZULKIFLI NORDIN

"Berikut adalah petikan dari ceramah pada tahun lepas oleh Peguam Zulkifli Nordin yang tidak asing lagi kepada kita berjodol “Islam Tercabar”. Ceramah ini mengenai ancaman murtad dan dakwah Kristianisasi terhadap orang Melayu. (Kaset ceramah ini masih boleh didapati, juga
kaset ceramah berjodol "Ancaman Murtad")

Peguam Zulkifli Nordin menegaskan bahawa ancaman murtad dan Kristianisasi terhadap orang Melayu di Malaysia merupakan masalah yang pokok dan sangat serius kepada orang Melayu tetapi perkara ini dihalang oleh pihak berkuasa dari dibawa ke tengah. Sebaliknya pula ancaman
murtad dan kristianisasi ini telah diperlekehkan oleh pihak berkuasa. Bila hendak cakap pasal isu murtad, tidak boleh.

Pihak berkuasa telah mengundang Sheikh Tantawi dari Al Azhar, dan TV3 telah memutar-belitkan dengan pembohongan besar bahawa Sheikh Tantawi telah berkata murtad ini hendaklah dibiarkan. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Sheikh Tantawi dalam Bahasa Arab adalah “ummat Islam tidak lagi boleh berdiam diri terhadap gulungan murtad yang melakukan fitnah dan ancaman terhadap agama Islam…..dan umat Islam wajar memerangi gulungan yang meninggalkan agama itu..” Pihak berkuasa telah sanggup pusingkan kenyataan Sheikh Tantawi itu.

Peguam Zulkifli Nordin menegaskan , “masalah murtad hari ini serius tuan-tuan, dah serius, bukan serius dari segi nombor sahaja. Hari ini kalau ikut kata Mufti dah 3,000 lebih .”

Seterusnya dalam ceramah itu Peguam Zulkifli Nordin berkata beliau telah bertemu secara sulit dengan bekas Paderi Besar Seluruh Sabah yang memeluk Islam pada tahun 1991, ia-itu Saudara Tajuddin Othman (disebut Tajuddin Omar oleh Peguam Zulkifli). Bekas Paderi Besar Sabah itu mengesahkan bahawa apa yang telah didedahkan oleh seorang lagi bekas Paderi Kristian, Joseph Salleh di Sekolah Raja Shariman, Bruas pada tahun 1987 adalah betul. Joseph Salleh telah mendedahkan di Bruas bahawa 15,000 orang Melayu telah murtad, dan ditangan beliau sahaja seramai lebih 3,000 orang Melayu yang dimurtadkannya kepada agama Kristian.

Guru Besar di Sekolah Raja Shariman di Bruas pada ketika itu telah mengesahkan kepada Peguam Zulkifli Nordin bahawa majlis pendedahan kegiatan kristianisasi oleh bekas Paderi Joseph Salleh pada tahun 1987 di sekolah tersebut sememangnya berlaku.

Peguam Zulkifli Nordin mengingatkan kita bahawa disalah suatu Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO telah disebutkan bilangan Melayu yang menukar nama atas alasan agama adalah seramai 541 orang. Timbalan Menteri Dalam Negeri pada bulan Mac 1999 memberi angka 795 orang. Tetapi dalam rekod Pusat Islam hanya 18 orang sahaja yang telah murtad. Angka mereka bertukar-tukar macam nombor Ekor.

Pembohongan pihak berkuasa yang terbaru adalah kenyataan bahawa hanya seorang Melayu sahaja yang murtad, iaitu Nuraisyah Bukhari, itu pun dikatakan beliau sudah kahwin secara Islam di Melaka dan sudah pun pulang ke rumah ayahnya Haji Bukhari di Pontian pada Hari Raya Haji tahun 1998. Ini suatu pembohongan besar oleh pihak berkuasa dan Hj Bukhari dengan keras menafikan bahawa anaknya Nuraisyah telah kembali kepada Islam Malahan beliau tidak pernah melihat anaknya Nuraisyah sejak ianya diculik dan dikristiankan. Zulkifli Nordin adalah peguam kepada Hj Bukhari.

Memandangkan pihak berkuasa tidak boleh dipercayai maka Peguam Zulkifli Nordin telah membuat kajiannya sendiri. Beliau mendapat bantuan saorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang memberi beliau melihat fail-fail yang berkenaan. Kerana fail begitu tinggi Saudara Nordin hanya sempat menyemak fail-fail sehingga 30 April 1997 sahaja .

Didapati dari rekod Jabatan Peguam Negara sehingga 30 April 1997 seramai 689 orang Melayu telah memohon menukar nama atas alasan pertukaran agama, kebanyakkannya kepada agama Kristian. Dari segi pecahan umur adalah seperti berikut:

21 hingga 30 tahun - 340 orang Melayu tukar nama atas pertukaran agama
31 hingga 40 tahun - 154 orang
41 hingga 50 tahun - 35 orang
51 hingga 60 tahun - 35 orang
61 hingga 70 tahun - 18 orang


Dari segi pecahan mengikut jantina pula : lelaki 264 orang Melayu yang telah murtad dan perempuan seramai 425 orang.

Dari segi pecahan mengikut negeri : Selangor = 191, Wilayah Persekutuan = 175. Pulau Pinang = 96, Perak = 51, Kedah = 40, Negeri Sembilan = 34, Sabah = 34, Johor = 30, Melaka = 14, Pahang = 13. Sabah = 8, Perlis = 1, Terengganu = 1 dan Kelantan = 1.

Sebanyak 17 kes sedang menunggu keputusan mahkamah pada ketika Peguam Zulkifli Nordin memberi ceramah tersebut dalam bulan Mac 1999.

Peguam Zulkifli Nordin berkata : “ Ini menunjukkan kepada kita bahawa murtad memang berlaku di negara kita. Yang kita hairan kenapa ada pihak yang tak mahu sangat benda ini di tonjol, tengahkan sampai sanggup buru orang yang dok cerita murtad, Sampai sanggup cerita murtad ini ditutup dan dipalsukan. Kita sudah sampai ke peringkat yang serius.”

Peguam Zulkifli Nordin seterusnya mendedahkan pelancaran dakwah kristianisasi melalui internet di bawah projek bernama “Windows 1040”. Target group adalah kanak-kanak Melayu di Nusantara. Di Malaysia Kristian missionary sudah berani mengedarkan pamplet agama mereka kepada orang-orang Melayu terutamanya kanak-kanak sekolah belasan tahun.

Panjang lagi ceramah Peguam Zulkifli Nordin tetapi saya jangka apa yang telah saya berikan sudah mencukupi buat masa ini untuk menunjukkan betapa seriusnya gejala murtad dan kegiatan Kristianisasi yang sedang mengancam bangsa melayu kita. Kerana pihak berkuasa membisu dan
memperlekehkan ancaman ini maka kita perlu sentiasa mengingatkan orang Melayu. Nampaknya avenue yang ada hanyalah di website reformasi seperti Tranung Kite dan Laman Reformasi.

Akhir kata dan seperti yang telah dikatakan oleh saudara netter kita Alim Mujahid “Allah sememangnya dah 'warning' awal-awal....Firman Allah : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Al Baqarah : 120)

Semata-mata kerana Allah

RAHSIA DI HATI, TAK SIAPA YANG TAHU...

Sunday, November 14, 2010

Warkah untuk Hawa dari Hawa..

.

Hawa,

Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan, walau secebis oleh kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam, kita hanyalah sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu semata. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam, bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan dunia melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya? kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? dan kenapa masih tak mahu menutup aurat, wahai Hawa?...

Wahai Hawa,

Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa...Jangan!!! Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah tetapi pada masa yang sama memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dlam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa akan janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengandaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubumu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman...maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan... dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta kerana ia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu keran kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia ini juga yang menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.

Tulus Ikhlas,

Dari Hawa untuk Hawa...

AKAL wanita setipis rambutnya,

tebalkan ia dengan ilmu yang bermanfaat...

HATInya serapuh kaca,

kuatkanlah ia dengan pancaran Nur Iman...

PERASAANnya selembut sutera,

suburkanlah ia dengan ketegasan demi maruahnya...

PERIBADInya lemah bak lalang ditiup angin,

hiasilah ia dengan akhlak terpuji...

Saturday, November 13, 2010

Barang Tiruan & Hak Cipta Terpelihara






Assalamualaikum w.b.t,

Mari kita renung-renungkan perkara yang diambil remeh oleh kebanyakan mahasiswa UTM,moga diambil iktibar.

"Hak cipta terpelihara adalah diiktiraf dalam Islam maka haramlah menjual dan meniagakan barangan demikian apabila ia telah didaftarkan atau di hebahkan sebagai hak cipta terpelihara kecuali setelah mendapat izin tuan milik hak itu."

Untuk keterangan lanjut,sila buka link di bawah ini.


sumber rujukan;
http://www.zaharuddin.net/kewangan/239-barang-tiruan-a-hak-cipta-terpelihara.html