Sumber: Laman Ekonomi Kewangan & Perbankan Islam
Dalam dunia ini, terdapat beberapa doktrin amalan teori dan praktis ekonomi yg digunakan. Malah para pemikir ekonomi sehingga ke hari ini, masih ada yg mencari- cari kaedah atau fahaman dan teori baru setelah dilihat teori & amalan yg sedia ada semakin membawa kepada kekusutan dan kekacauan kerana masalah keseimbangan ( masalah memenuhi kemahuan yg tidak terhad daripada sumber yg terhad) dan keadilan pegagihan (penawaran dan permintaan) yg masih gagal diwujudkan oleh fahaman yg digunapakai hari ini.
Secara umumnya terdapat 4 jenis amalan atau sistem ekonomi SELAIN EKONOMI ISLAM iaitu:-
1) Sistem Kapitalis
• Menjurus ke arah kepentingan individu secara total atau mutlak.
• Berkonsepkan pemilikan tanpa boleh dikongsi bersama.
• Menyebabkan kaya bertambah kaya, miskin terus merana.
• Menyebabkan banyak berlaku penindasan dan zalim secara berleluasa.
• Kebebasan mengumpul harta, memonopoli dan menyorokkan barangan
• Majoriti negara sekarang mendukung sistem ini atas tekanan BARAT
• Peguasaan ekonomi dunia melalui penindasan modal ; GLOBALISASI
• Pasaran bebas;penentuan harga oleh permintaan pasaran tanpa dikawal
• Juga terkenal sebagai “ laissez faire” 2) Sistem Sosialis
• Mengutamakan sumber harta sebagai hakmilik negara sepenuhnya
• Urusan ekonomi berteraskan kepentingan umum bukan keuntungan
• Semua aktiviti ekonomi adalah dikawal pusat dan tidak terbuka
• Tiada tindak balas teori permintaan dan penawaran dalam pasaran
• Secara teori menjamin keadilan agihan pendapatan ,kekayaan.
• Secara teori semua individu sama;tiada kaya atau miskin
3) Sistem Komunism
• Adalah kesan dan teori yg lebih eksterim dari sistem sosialis
• Menolak kewujudan Tuhan serta anutan agama dalam ekonomi
• Lanjutan applikasi teori sosialis Karl Marx; “Das Kapital”
• Tiada seorang pun boleh memiliki harta atas nama individu.
• Agama perlu dihapuskan kerana ia akan menghalang produksi
4) Sistem Campuran (Mix)
• Adalah keadaan dimana kedua kaedah sosialis dan kapitalis digunapakai
• Sumber harta dimiliki kerajaan dan swasta
• Swasta menumpukan terhadap aktiviti keuntungan ;kepentingan umum oleh kerajaan
• Campurtangan kerajaan dlm penentuan harga maksimum & minimum; penyediaan subsidi untuk rakyat
*Sumber rujukan:
• Dato Dr Haron Din;Agama Bisnes Dan Pengurusan; PTS Millenia 2007
• Mat Hassan Abu Bakar; Apa Itu Ekonomi Islam; PTS Publication 2004
• Muhammad Abdul Manan; Ekonomi Islam Teori & Praktis Jilid 3 Bhg 4;AS Noordeen 1993
”...Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (At-Taubah: 105)
Thursday, January 14, 2010
Tuesday, November 3, 2009
Tawakal Selain daripada Allah
-ujian dunia-Satu drp perkara yg meruntuhkan atau membatalkan syahadh ialah bertawakkal dan bergantung kpd selain drp Allah swt, berdasarkan firman Allah swt: Surah AlMaaidah:23 maksudnya: "Dan hanya kpd Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang-orang yg beriman."
Tawakkal bukanlah bererti meninggalkan kerja, malah Allah swt menyuruh kita dua perkara dlm hal ini, pertama memerintah kita bekerja; dan kedua jgn kita meletakkan pergantungan hidup kpd pekerjaan itu. Ia menyuruh kita beriman bahwa Dialah yg memberi rezekinya. Ia menyuruh kita berubat dgn syarat kita pastikan bahwa yg menyembuhkan ialah Dia. Ia menyuruh kita mencari segala sebab dgn syarat meletakkan tawakkal kpd-Nya.
Sesiapa yg berusaha dgn tidak bertawakkal kpd-Nya, ia telah mencacatkan salah satu syarat tadi,sebalikanya org yg bertawakkal kpd Allah swt tanpa daya usaha juga telah mencacatkan satu syarat. Bergantung dgn sebab2 tapi lupa bahwa Allah swt lah yg mengizinkan, adalah suatu perbuatan Maksiat. Bergantung kpd sebab2 disamping mendakwa tidak ada hubungan dgn Allah swt adalah perbuatan Syirik, yg meruntuhkan syahadah.
"dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar." AlAnfaal:17
"Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." AlImran:126
"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh." AdzDzaariyaat:58
" dan apabila aku sakit.Dialah Yang menyembuhkan aku." AsySyu'ara:80
Mestilah kita percaya bahwa Allah swt telah menjadikan sebab musabab di dunia ini adlh mempunyai fungsi dan mestilah dipercayai bahwa Allah swt lah yg menjadikan sesuatu itu. [Batas2 Iman & Kufur ; Ustaz Sa'id Hawa]
Tiap-tiap manusia hendaklah hidup dengan berikhtiar dan bekerja dengan sedaya-upayanya sambil bertawakkal dan berdoa. Tawakkal bererti mewakilkan nasib diri dan nasib usaha kita kepada Allah, sedang kita sendiri tidak mengabaikan usaha dan tenaga kita dalam usaha itu. Kemudian hendaklah diyakinkan bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah SWT. Dialah yg Maha Kuasa, maka semangat tawakkal yg sebenar dan doa yg ikhlas mempunyai peranan yg penting, sedangkan doa yg ikhlas adalah makbul menurut janji-janjiAllah. Dalam alQur'an banyak ayat-ayat yg menganjurkan supaya manusia berdoa dan bertawakkal. Begitulah jalan dan hukum Tuhan. [Manusia & Islam by Prof Dr Harun Din]
Subscribe to:
Posts (Atom)
