Fatwa Semasa:
Setiap hari di kaca TV ataupun melalui media massa lain kita dihidangkan dengan iklan peraduan/pertandingan yang baru, cara menyertainya terlalu mudah dan senang, hanya dengan menghubungi nombor telefon atau talian yang dinyatakan dan menjanjikan pelbagai hadiah dan wang beribu-ribu malah mencecah jutaan ringgit. Adakah menyertai pertandingan/peraduan seumpama ini diharuskan?
JAWAPAN
Jawapan Oleh : Dr. As-Sheikh Yusof Abdullah Al-Qardhawi / Pro. Dr. Ali As-Salus / Sheikh Muhammad Salleh Al-Munjid
Dengan Nama Allah, Segala Pujian bagiNya, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah s.a.w.
Islam tidak melarang manusia untuk mencari wang di dalam rangkaian sebab-sebab dan punca-puncanya dan menurut segala sunnah Allah di alam maya dan di dalam masyarakat. Prinsip asas di dalam sunnah ini ialah manusia mendapatkan duit dengan usaha yang dilakukannya, titik peluh, hasil pemikiran, kesungguhan badan dan usaha yang berterusan siang dan malam sehingga mencapai cita-citanya.
Ulama' menyebutkan penipuan dan perjudian adalah dua cara mendapatkan wang yang menjadikan haramnya muamalat, ini merangkumi peraduan-peraduan yang terdapat di televisyen dan di media-media lain. Dengan ini tidak harus menyertai pertandingan seumpama ini.
Setiap hari kita menyaksikan individu-individu yang tidak dikenali mengumumkan pertandingan/peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan wang beribu-ribu, ratus ribu malah mencecah jutaan ringgit. Sesiapa yang ingin memenanginya hanya perlu menghubungi nombor-nombor telefon atau talian yang dinyatakan.
Peserta yang menghubungi nombor itu menghabiskan sepuluh atau seratus atau kadang-kadang mencecah ribuan ringgit, dengan angan-angan untuk berjaya mendapatkan hadiah yang lumayan, kereta-kereta mewah dan segala apa yang telah diiklankan.
Hukum Islam di dalam pertandingan seumpama ini yang disertai oleh manusia yang berharap hanya membayar sedikit tetapi mendapat keuntungan yang banyak, adalah haram tidak harus untuk umat Islam menyertainya apatah lagi untuk mempromosinya.
Majma' Al-Fiqh Al-Islami (Akademi Fikh Islam) juga telah membuat ketetapan bahawa bayaran kepada bil telefon / talian untuk memasuki pertandingan adalah tidak harus dari segi syara' (haram) jika sekiranya bayaran tersebut atau sebahagian darinya dimasukkan di dalam nilai hadiah sebagai menghalang dari mengambil harta manusia secara batil.
Pertandingan seperti ini adalah merupakan salah satu dari jenis-jenis judi HBR>ataupun Al-Maisir menurut bahasa Al-Quran Hyang disertai oleh beribu-ribu / berjuta-juta orang yang mahu mengejar kemenangan untuk mendapatkan wang yang bernilai sejuta ataupun yang kurang darinya dengan kadar bil telefon yang dibayar, dengan andaian akan menang ataupun kalah. Majoritinya mengalami kekalahan dan hanya seorang dari sejuta atau dari beberapa ribu orang yang memenanginya.
Sebab pengharaman yang jelas kepada pertandingan atau peraduan ini dan digolongkan di dalam perjudian ialah kerana perserta yang menghubungi atau menggunakan talian telefon untuk menyertainya membayar setiap minit dengan bayaran yang lebih dari caj bayaran yang biasa. Begitupun jika sekiranya peserta membayar dengan caj bayaran yang biasa pun termasuk juga di dalam judi kerana dia membuat panggilan dan sanggup membayar bil telefon itu dengan tujuan untuk memperolehi kemenangan.
Perjudian di sini ialah apabila syarikat yang menaja wang di dalam iklan-iklan dan menyediakan peraduan/pertandingan menunggu wang yang datangnya dari caj bayaran telefon/talian.
Jikalau sekiranya para penaja pertandingan memberikan sesuatu (menjadikannya hadiah untuk dimenangi) dari apa yang mereka iklankan, ini adalah termasuk di dalam harta judi yang diharamkan.
Memang benar orang yang kalah tidak kalah dengan kerugian yang banyak, tetapi apa yang diambil kira adalah prinsip dan bukanlah kepada nilai kerugian. Yang pentingnya peserta telah memasuki proses perjudian, dengan harapan untuk menang dan menjadi jutawan sekelip mata.
Di samping itu, syarikat-syarikat yang menganjurkan peraduan, pertandingan atau yang seumpamanya ini berjaya mengumpulkan berlipat kali ganda hasil dari kadar bayaran yang dikenakan kepada peserta, kerana jumlah mereka terlalu ramai. Dari satu sudut, syarikat-syarikat ini telah mengambil wang manusia lain secara batil ataupun dengan ungkapan yang jelas Hoperasi pencurian yang diyakinkan dan disaluti dengan pertandingan atau peraduan.
Islam mengharamkan Judi ataupun Al-Maisir seharam-haramnya dan Allah mengiringkannya dengan arak di dalam Al-Quran dan menjadikannya bersama arak, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. A! llah berfirman di dalam Al-Quran yang maksudnya :-
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Maidah : 90)
Ini menunjukkan bahawa ia tergolong di dalam perkara haram yang terbesar dan bukannya yang kecil. Ia diharamkan kerana untuk memelihara manusia dari angan-angan dan impian yang palsu yang didirikan tanpa asas.
Apa yang menyedihkan pertandingan ataupun peraduan seumpama ini begitu melata di dalam masyarakat umat Islam yang sangat diingkari dan diharamkan Islam. Inilah yang telah diingatkan oleh Saidina Ali r.a dahulu kepada anaknya Hassan di dalam wasiatnya "Jauhilah dari berharap kepada impian, sesungguhnya ia adalah barang-barang orang yang bodoh" Dan penyair berkata " Janganlah kamu menjadi hamba angan-angan, kerana angan-angan adalah modal orang muflis"
”...Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (At-Taubah: 105)
Thursday, December 30, 2010
Hukum Peraduan Menggunakan Talian Telefon
Friday, November 26, 2010
40 NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping
daging.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah
s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang
lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari
kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu
menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan
mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina
dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran
dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut
sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari
kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu
tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang
mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba
kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur